Y.D.H. Dato’ Orang Kaya To’ Engku Maha Bijaya Hulu Langat
Dato' Rosli Bin Othman
ALAMAT
Pejabat Orang Besar Daerah Hulu Langat
Tingkat 2, Bangunan Sultan Hisamuddin Alam Shah,
Persiaran Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi
NO. TELEFON / NO. FAKS
03-89251992 samb. 5560 / 03-89252137
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ORANG BESAR DAERAH ( OBD )
Sentiasa mengambil berat dan perhatian terhadap perkara/masalah yang lazimnya diberi perhatian oleh DYMM Sultan Selangor.
Berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa berhubung rapat dengan rakyat.
Mengambil perhatian khas dan menjalankan rancangan yang diadakan oleh Jabatan Agama Islam dalam menyumbangkan aktiviti untuk meninggikan Islam.
Sentiasa bekerjasama diantara Pegawai Daerah, Pegawai-Pegawai Kerajaan di Daerah dan kerap mengadakan mesyuarat dan rundingan dalam setiap perkara demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat DYMM Sultan Selangor.
Sentiasa memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada raja, bangsa dan agama.
Berpegang teguh kepada ajaran agama.
Sentiasa peka terhadap peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.
Sentiasa melawat daerah yang diwakilinya untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat DYMM Sultan Selangor.
AI Chatbot Selangor
Tanjung (BETA)
Hai! Saya AI Chatbot Selangor, pembantu peribadi pintar anda yang boleh menjawab persoalan mengenai maklumat perkhidmatan dan direktori Portal Selangor.
Klik Mula Chat bagi memulakan sesi.
Penafian: Seperti AI lain, AI Chatbot Selangor boleh membuat kesilapan. Sila semak maklumat penting. Segala maklumat diperoleh melalui chatbot AI ini adalah bagi tujuan panduan umum sahaja dan bukan pandangan profesional.